Thursday, November 5, 2009

Andainya Perempuan tahu

huargghh....mgantok...tapi xleyh tido....nak stdy tapi ngatok...huhu, soo..ak layan jela internet nie.....sedang dok layan internet, ak aderla terbaca satu artikel nie...nmpak macam ok gak..soo ak publish la kat sinie...nk kongsi2x...sharing is caring kan....huhu


Andainya perempuan tahu....

* Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang
begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
* Jika seseorang lelaki meminati wanita,
wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan
budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah
lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak
persamaan dengannya samada dari segi pemikiran
atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan
atau dikongsi bersama.
* Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak
mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh
seorang wanita.
* Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
* Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya
untuk menambat hati wanita...
* Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg
kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka
melihat wanita, menjeling wanita dan menonton
Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau
swimming pool.
* Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan
dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali
pertama!
* Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau
berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
* Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah
dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak
atau kurang setuju.
* Bila lelaki cakap direct to the point dalam
sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur
dan berterus-terang dan mengharapkan wanita
memahami maksudnya.
* Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate',
datang dari sekolah all boys!
* Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya
apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
* Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal
perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu
mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan
tak faham kenapa perempuan bersikap begitu
begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih
mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan
perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan
lebih baik.
* Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo
dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap
hanya ada seorang teman wanita yang
istimewa...yang lain hanya kawan..:)
* Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita
itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki
tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita
itu begitu indah!
* Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan,
lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak
menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
* Bila seorang perempuan meminati seorang
lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau
lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya
nanti...
* Adalah memalukan bagi lelaki jika tak
berupaya menolong wanita.
* Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata
perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata
itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu
dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun
rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan
janganlah mengharapkan semua yang hebat dari
lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

kedua2 spesies xx n xy ado kelemhan so,
memasaing kena laa saling memahami key...apo2hal
kedua2nya saling memerlukan....

No comments:

Post a Comment